imperfect is PERFECT
peringatan untuk semua :)
Saturday, October 8, 2011 | 2 Budak Comel |




Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh
perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi
itulah sesungguhnya yang mendatangkan
keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20
perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil
ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat
perkara-perkara yang terkena batang hidung saya
sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus
saling ingat memperingati diantara satu sama lain.
Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli
dunia InsyaALLAH.



1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini
Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar). Takut terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang
pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi
kepapaan .
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki
mahal (kerana berpagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan
doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat
kebaikan. Takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan
pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti
hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak
buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu
bapa dan sesama manusia kalau memang kita
bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam
setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila
berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
munafik dan menghilangkan kasih orang
kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau
haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih
lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu
berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang
terbaik untuk hamba ciptaannya.


Sabda Rasulullah SAW, " Sampaikanlah dariku
walaupun satu ayat



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post