imperfect is PERFECT
Dosa Tetap Dosa
Saturday, February 4, 2012 | 0 Budak Comel |



hello earthlings 
Salam MAULIDUR RASUL ♥ 



hari ni meyo nak kongsi tentang dosa tidak menutup aurat bagi kaum hawa

terutama diri meyo dan kawan kawan meyo di luar sana



korang tau tak aurat kita menurut syarak ?
sebagai menambah ilmu yang ada kat kita ni
saya nak kongsi kat korang tentang
Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak


batas aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. 

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

untuk penerangan yang lebih lanjut korang boleh baca kat SINI



ALASAN MEREKA

Zaman ni segelintir kaum hawa kita ni tak tutup aurat kan. Bukan apa, tapi dah kewajipan kita menutup aurat. Kadang kadang bila kita nasihat kan contoh nya si A mesti ada je alasan yang akan dia bagi.
Antara si A tu akan cakap ialah macam ni.

"Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat".
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

selebihnya korang boleh baca kat SINI.

ORANG YANG MENANGGUNG

Wahai saudaraku muslimah sekalian. Tau tak korang siapa yang akan menanggung dosa kita tak menutup aurat itu ? siapa ?

Ini lah golongan yang akan merana kerana kedegilan kita

= Ayah
= Saudara Lelaki
= Suami
= Anak lelaki


Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Dosa yang kita telah buat menyebabkan mereka yang memikul beban dosa kita wahai kaum hawa.


selanjutnya boleh baca di SINI .


saya hanya sekadar ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat. Walaupun sekecil mana pun kesilapan yang kita buat, Dosa tetap Dosa dan jika di kumpul ia akan bertambah dan terus bertambah. Sama sama lah kita berubah dan hijrah ke arah yang lebih baik lagi :)


Salam Peringatan Fisabilillah


dari saya kepada kamu dan semua






Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post