imperfect is PERFECT
yakin BOLEH
Wednesday, December 25, 2013 | 0 Budak Comel |




*comel kannnnn >.<*


salam perpaduan rakan blogger mira yang comel-comel sekalian..alhamdulillah post mira semalam dapat diterima oleh kamu semua :) terima kasih sudi baca, sudi terjah and sudi bw sini..mira hargai itu..


mungkin ramai kawan-kawan mira yang tertanya-tanya kenapa mira boleh berubah sampai macam ni kan :) alhamdulillah Allah sudah bukakan mata hati mira ni..Allah masih memberikan mira peluang untuk kembali ke jalan-Nya..kesilapan lalu membuka mata mira..bertapa nipisnya ilmu di dada..bertapa diri ini lebih memikirkan dunia daripada alam selepas kematian (kiamat, syurga dan neraka).."ikut hati mati, ikut rasa binasa." kalau kita ikut cara Islam in shaa Allah syurga itu pasti..Islam itu mudah cuma kita ini sebagai manusia yang merumitkannya..itu yang selalu bermain dalam fikiran mira ni..sejak itu mira bertekad hendak berubah..mira mahu menjadi macam mereka yang baik budi bahasanya..yang mendahulukan Allah dalam semua perkara..yang layak menjadi BIDADARI SYURGA nanti in shaa Allah..


memang mira akui hendak berubah ini banyak cabarannya..haha..hingga kini masih lagi pelbagai cabaran yang mira perlu tempuh..kena kuat dan sabar..niat itu penting dan yakin boleh..kadang-kadang orang kata "elehhh..tirp ustazah ja kau padahal dulu bukan main lagi"..biasalah manusia..kita kena banyak bersabar..masa lalu itu mengajar kita..supaya kita tidak mengulanginya kembali..menjadi suatu pendorong agar kita menjadi yang lebih baik lagi daripada sebelumnya..memang sakit bila ada yang mengungkit kembali cerita lama..tapi apalah daya kita ini sebagai seorang manusia? tak kan nak tutup mulut dorang pula kan..haha..bersabarlah..yang penting niat kita untuk berubah tu kerana Allah..


alhamdulillah kawan-kawan mira juga banyak memberi semangat dan dorongan..terima kasih sahabat..bawalah aku ke Jannah bersamamu..Anne, Syierah dan Mastura terima kasih sebab selalu ada saat aku perlukan..terima kasih Mastura sebab selalu ada untuk dengar luahan budak cengeng ni..terima kasih Anne sebab selalu ada saat hendak merempit dan banyak bagi nasihat walaupun kadang-kadang kata-kata yang mu ucap tu sakit tapi ada isi di dalamnya..terima kasih kakak Syierah sebab sokong dan mendorong aku ke arah ini..semoga persahabatan ini kekal abadi in shaa Allah..


itu sahaja dari mira..next time mira akan kongsi pula tips yang best-best untuk korang ok :) nantikan in shaa Allah..
bersabarlah wahai hati..


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 





Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post