imperfect is PERFECT
empty heart
Wednesday, September 16, 2015 | 0 Budak Comel |



senyum :)


Masalah selalu ada kan? Siapalah kita manusia ini yang tidak akan dapat lari dari masalah. Masalah diri sendiri, masalah keluarga, masalah dengan orang lain dan macam-macam masalah lain yang sangat menyakitkan kepala. Entah kenapa sem ini aku rasa lemah. Aku rasa tidak kuat. Aku rasa terbeban. Aku rasa gelap masa depan *terlebih fikir*. Hari-hari aku rasa macam nak menangis. Bila fikir nak luah dengan mama tapi aku pendam. Aku tak mau mama risau jadi aku pendam. Sendiri. Tapi bila aku fikir balik, orang lain lagi besar masalah berbanding aku. Mungkin dekat luar sana ada yang lebih tersiksa daripada aku. Buat apa aku sedih? Buat apa aku menangis? Tapi memang lumrah. Bila ada masalah baru cari Dia. Bila sedih baru ingat Dia. Nikmat yang Dia bagi bukan sedikit. Mungkin aku lupa. Mungkin aku leka. Mungkin aku terhasut dengan dunia. Al-Fathiah. Semoga aku selalu ingat. Semoga aku kuat. Semoga KITA sentiasa kuat.



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post