imperfect is PERFECT
Mutiara Pertama
Monday, December 23, 2013 | 1 cute earthling |






comel tak budak tu? heee..mukadimah tak dak faedah je lerr..


baiklah..maaf sebab tak hapdate blog ye kawan-kawan yang mira sayang semua :) busy bercuti kat tempat orang..ingat lagi tak mira kata akan buat sedikit rumusan tentang buku yang mira baca? 20 Bidadari Syurga..hari ni mira nak cerita sikit tentang Mutiara Pertama yang mira faham dalam buku ini..baik laa


Calon bidadari syurga memiliki nilai ketakwaan (merupakan roh, identiti dan kebahagiaan lahir ataupun batinnya) yang tidak terkata dalam dirinya..Dia sentiasa menjaga ketakwaan sama ada siang mahupun malam..Di sini yang mira faham tentang ketakwaan ialah bila kita perempuan/wanita ni melakukan apa pekerjaan sekalipun still ingat BERTAKWA kepada ALLAH..Tidak kira masa kita sedang menjalankan ajaran-ajaran agama, bekerja, beristirehat mahupun semasa menjalankan segala aktiviti keduniaannya (termasuk on9 ni la) dia still bertakwa kepada ALLAH..

Kemuliaan dan Ketakwaan? kemuliaan sebagaimana digambarkan dalam hadis Rasulullah SAW berikut: 
Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa ada beberapa orang bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang PALING MULIA?" Baginda menjawab, "Orang yang PALING BERTAKWA di antara mereka.." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)..dekat sini konsep ketakwaan yang mira fahami pula ialah ketakwaan adalah satu-satunya jalan yang hakiki untuk memperolehi kemuliaan di sisi ALLAH..in shaa Allah..sebabnya Allah tidak melihat kita hamba-Nya ini dari kehormatan dunia atau kebangsawanan tetapi Allah memandang dan melihat kita dari ketakwaan kita sebagai hamba-Nya yang melekat di dalam hati dan diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari kita..

Firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran: "Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti." (Al-Hujuraat: 13)

Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci adalah sandaran kehidupan dan tempat kembalinya kita semua di dunia ini. Inilah inspirasi yang menjadi mutiara kehidupan perempuan-perempuan calon bidadari syurga, inspirasi yang indah dan penuh hakiki.


Itu sahaja rumusan dari mira tentang Mutiara Pertama "20 Bidadari Syurga" - Mujahidin Nur..Buku ni best..dalam kita perempuan-perempuan ni hendak berubah/melangkah untuk menjadi yang lebih baik, menjadi soleha dan menjadi bidadari syurga *amin in shaa Allah* baik baca buku ini..dapat juga tahu ciri-ciri seorang bidadari syurga ni macam mana kan :) baiklah..nanti bila mira dah habis buat rumusan yang ke-2 nanti mira kongsi untuk kamu semua ok :)



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh








Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post