imperfect is PERFECT
menghitung hari *10 days 2 go*
Tuesday, June 17, 2014 | 0 Budak Comel |


*rupa aku menghitung hari*


hariku dipenuhi dengan makan dan tidur *padahal* haiii korang..start hari ni mira akan merajinkan diri in shaa Allah untuk hapdate kerja mira counting days yang kononnya nak jalan tak lama lagi..selamat tinggal tanah tumpahnya darahku *nangis*

drama tengah malam ni memang..mira saja ja..hehe..tapi tidak lama lagi mira akan kembali ke zaman budak belajar balik..bawa buku sana sini..bangun awal pagi untuk ke kelas..belajar kat tempat orang..for the first time mira jauh yang memang betul-betul jauh dari family *nangis balik*

kalau nak cerita pasal perasaan mira macam mana kan..opcoz lah mira nervous..suasana baru dan jumpa orang-orang baru..bila mama mira risau mira haaaaa..tambah risau serisau risaunya..tambah berat hati nak tinggalkan Sabah..tambah berat hati nak tinggalkan family..tambah berat hati nak tinggalkan bilik mira *huhuhu*
tapi demi ilmu..sebab nak belajar mira kuatkan hati..kuatkan semangat..selagi niat mira betul ke sana nak belajar in shaa Allah semua baik-baik saja kan..mira harap nanti dapat jumpa kawan-kawan yang baik-baik belaka..yang saling ingat mengingati satu sama lain :)

*tunjuk muka comel sebab nak blah*


hapdate hari ni di akhiri dengan FULLSTOP. have a nice time u ols :)
assalamualaikum





Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post